Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Wednesday, June 16, 2010

Setul Asalnya Sebahagian Wilayah Kedah

Setul (atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam) merupakan wilayah terakhir Negeri Kedah yang terlepas ke tangan Thailand. Nama Setul merupakan nama dalam Bahasa Melayu yang dipercayai berasal dari nama sejenis pokok.








Berdasarkan sejarah, wilayah pantai barat Segenting Kera (hingga ke Tanah Sari / Tenasserim dalam wilayah Myanmar pada hari ini) termasuk Setul adalah sebahagian daripada Negeri Kedah. Ia kemudiannya dirampas oleh Siam pada tahun 1813 dan diperintah oleh Gabenor Siam berpusat di Nakhon Si Thammarat (Negara Sri Dharmaraja). Pada tahun 1897, Setul dan Perlis dikembalikan kepada Negeri Kedah yang ketika itu di bawah pengaruh Siam dan dikenali dengan nama Siam iaitu ‘Saiburi’.

Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah ketika itu telah mewakilkan adindanya, Raja Muda Abdul Aziz untuk menghadiri upayaca penyerahan kembali wilayah Setul dan Perlis kepada Kedah pada 17 Mei 1897. Ketibaan Raja Muda Abdul Aziz telah diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Wan Muhammad Saman dan diberi kawalan keselamatan oleh tentera berbangsa Sikh. Selesai upacara tersebut, Raja Muda Abdul Aziz telah menghantar surat kepada Putera Damong untuk memaklumkan baginda telah menempatkan sepasukan askar Kedah di Setul.







Sultan Abdul Hamid Halim Syah juga telah menghantar seorang Pegawai Istana Kedah bernama Ku Baharuddin @ Ku Din bin Ku Moh untuk menjadi Gabenor atau Pesuruhjaya Tinggi Setul. Ku Din telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang sepanjang menjadi Gabenor Setul hinggalah persaraannya pada 1916. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1932 dan turut dikebumikan di Setul.







Menerusi perjanjian Anglo-Siamese Treaty 1909, Inggeris bersetuju menyerahkan kembali wilayah Setul kepada Siam. Raja Siam enggan melepaskan wilayah Setul kerana terdapat ramai etnik Siam yang telah dipindahkan ke wilayah tersebut.

Beberapa nama tempat di Setul berasal dari perkataan Melayu masih lagi digunakan pada hari ini tetapi telah berubah mengikut pelat orang Siam. Antaranya ialah :

Mueng Satun : Asal nama tempat ini ialah Mambang
Khuan Don : Dusun
Ko Tarutao : Pulau Terutau
Ko Phetra : Pulau Petra
Ko Lidi : Pulau Lidi
Ko Bulon : Pulau Bulan

Pada hari ini, wilayah Setul merupakan salah satu daripada empat wilayah di Thailand yang majoriti penduduknya masih beragama Islam. Percampuran antara penduduk daripada Bangsa Melayu dengan Siam telah melahirkan satu etnik baru yang dikenali dengan nama Sam-sam. Walaupun begitu, agak mendukacitakan apabila kurang daripada 10% daripada penduduk Melayu-Islam di wilayah ini yang masih mengaku berketurunan Melayu. Tambahan pula, ramai dikalangan mereka tidak lagi mampu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu pada hari ini (Dapat lihat peranan dan kepentingan Bahasa? Ingat motto “Bahasa Jiwa Bangsa” yang semakin dilupakan pada hari ini?)

17 comments:

  1. Salam Ibnu Rusydi.
    Mmg menyedihkan apabila bahagian kita diambil org.perhatikan peta kumpulan etnik Thailand link dibawah ni.
    http://catsea1.caac.umontreal.ca/dhthailande/thailand_ethnic_1974.jpg
    Smoga bangsa Melayu yang ada hari ini menjadikan Bumi Melayu sebagai jiwanya.

    ~NB

    ReplyDelete
  2. Terima kasih NB. Neway, saya dah lama tengok map tu. Sebenarnya, kawasan sempadan Melayu sampai ke Rundung (Ranong). Boleh juga rujuk artikel lama saya.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  3. kegagalan kita mendapatkan satun kerana duta british di siam, Ralph Paget tidak berkeras mendapatnya. paget hanya mahu Pulau Langkawi...jika dia tegas bagi tekanan sikit pada strobel sudah tentu Siam akan serah satun pada British

    ReplyDelete
  4. dari sudut politik antarabangsa kita dah sedia maklum bagaimana British merencana pakatan sulit untuk mengucar-kacirkan wilyah tertentu atau negeri atau negara sama seperti Pakistan & India, Kashmir lebih penduduk Islam tetapi diberi kepada india untuk memporak porandakan keadaan agar mereka berkuasa. Mungkin begitu juga diharapkan berlaku kepada Thailand-selatan thai-malaysia

    ReplyDelete
  5. As-Salam Tuan Ibnu Rashid, ada cerita dimana KU DIN KU MEH sebenarnya antara punca Setoi menjadi jajahan Siam kembali ini kerana beliau dalam diam-diam telah isytihar dirinya sebagai Raja Setoi tanpa pengetahuan Sultan Abdul Hamid dan menukar namanya kepada Tengku dipangkal. Ini menaikkan kemurkaan SAT tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Raja Siam mengiktiraf Ku Din. Kemudian perjanjian Anglo Siam pon berlangsung dan pastinya atas campurtangan Ku Din maka Setoi dimasukkan ke dalam SIAM.

    ReplyDelete
  6. harap2 setul,singgora,patani, kmbaly dlm peta negara mlaysia!

    ReplyDelete
  7. Hi everyone I'm a person who come from Satul. I really impressed that some Malaysian still realize satul people.I want to tell something that nowadays,teenagers in in Satul cannot speak bahasa Melayu like orang tua-tua.Dia orang bercakap siam.Kini ada 5 kampung sehaja yang bercakap bahasa Melayu contohnya kampung guar kampung tanyong pauh kampong tamalang kampong kubang camamg dan lain2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangkan...saya memang peminat sejarah melayu lama...

      Delete
  8. Sila lihat

    http://www.geographicus.com/P/AntiqueMap/MerguyJunkseylon-lauriewhittle-1798

    Tanah besar di seberang Junk Ceylon (Phuket) dirujuk sebagai Coast of Queda (Kedah) pada peta Inggeris tahun 1798.

    Shahar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun mareka bercakap siam amalam agama islam masih di terapkan..sedara saya yg berada di setoi hari ini menghantar anak2 ke melaysia utk bercakap bahasa melayu dan english..such like me learning put phasa thai

      Delete
  9. boleh sy tahu dekt mna awak dptkan sumber sbb skrg sy tgh siapkan thesis bkaitan pemilikan setul dan pulau adang oleh siam yang milik kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam saudari Intan,

      Mohon berbanyak maaf kerana saya tak berapa ingat buku-bukunya kerana artikel ini dah lama.

      Delete
  10. Intan...tesis anda amat menarik sekali..boleh saya baca..kalau nak tahu sejarah pemilikan setul dan pulau adang boleh rujuk JUPEM, mereka ada bahagian hal ehwal sempadan yang turut buat penyelidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku din pernah di sebut oleh arwah nenek saya dimana bapak kepada nenek saya adalah panglima perang Ku Din dan pernah di penjara oleh kerajaan kedah,tapi dapat melepas kan diri dari penjara dan kembali ke setoi..cerita tuan2 mcm ada benarnya ..saya juga tgh mencari perkaitan pekara ini.

      Delete
  11. My family also from setoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku din mcm ada menarik utk di kaji

      Delete
  12. Kenapa sejarahwan pattani mengatakan setul adalah asalnya hak pattani dan sejarahwan thailand pun mengata hal yg sama.mengapa ?

    ReplyDelete